|
|
Kursus Asas Perubatan Homeopathy Untuk Pelajar-Pelajar Baru - D.F.Hom Masa 1 tahun ( 2 Semester )
Selamat datang ke Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia. Anda telah membuat pilihan yang tepat:- Anda telah datang ke Tempat Yang Betul, Masa Yang Betul dan Orang Yang Betul , maka anda tergulong dari orang-orang yang bijaksana dalam memilih kolej yang menjadi teras ilmu perubatan homeopati di Malaysia.
Hanya di kolej kami, anda akan dapat ketemui satu pusat pengajian homeopati sebenar yang mempunyai kampus yang luas [ 11 ekar tanah] dengan segala kemudahan fasarana pengajian perubatan homeopati, termasuk teori dan praktikal serentak.
Kursus ini adalah untuk anda miliki Sama ada Pelajar sepenuh Masa / Jarak Jauh -PJJ
Kursus Asas Perubatan Homeopati ini
memakan masa selama 1 tahun atau 30 modul.
Sekiranya ada memileh untuk mengikuti
Pengajian Jarak Jauh ( Kursus Paling Popular )
maka anda akan dikirim modul dalam bentuk
nota-nota sebanyak 25 kuliah / modul.
Setiap minggu anda akan dapat 1 nota /
modul
Satu bulan anda akan dapat 4 nota / modul
Setiap satu nota / modul anda harus
menghabiskan masa selama 3 jam untuk
memahami dan mengulangkaji nota-nota
yang diberikan sehingga tamat 25 nota /
modul.
5 modul terakhir anda dikehendaki untuk
mengikuti latihan praktikal di Hospital
Homeopathy Nik Omar di Pasir Mas, Kelantan
untuk 5 kali atau sekurang-kurangnya 15 jam credit.
Jika anda berminat anda boleh tinggal
lama lagi, tanpa apa-apa bayaran tambahan. Apa yang anda harus bayar ialah tempat tinggal -asrama [hostel] dan makan minum.
Yuran Asas DFHom RM 3,500.00 untuk satu kursus
( 1 tahun )
Yuran Asrama / Hostel: RM 25.00 satu hari
Makan: RM 10 hingga 20 satu hari [terpulang kepada cara anda makan ]
Kursus Homeopathy Sepenuh Masa
Full Time Course
Tiap Hari: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat: Cuti
Yuran Satu Tahun : RM 12,000.00
Asrama Satu Bulan: RM 300.00
Makan Minum Satu Bulan : RM 300 - 400 ( Lebih-kurang)
Tel Hotline Prof Nik 019-9401915
|
Dr Samuel Hahnemann, Pengasas Homeopati
Kolej serta hospital homeopati kami sudah cukup untuk melatih anda menjadi seorang pengamal homeopati yang berwibawa. Apa lagi dibawah asuhan dan bimbingan guru besar dan pakar homeopati Malaysia, Prof Dr Sir Nik Omar, tentu sekali anda akan mendapat ilmu-ilmu perubatan homeopati yang setanding dengan doktor-doktor lain diluar negara.
|
|
Mata Pelajaran yang Di Pelajari antaranya ialah
30 nota dan modul yang akan anda dapat meliputi Mata Pelajaran yang dipelajari untuk asas perubatan homeopati antaranya ialah: Prinsip Asas Homeopathy, Homeopathic Pharmacy, 12 Materia Medica, Organon, Bio-Chemic Tissue Salt, Anatomi, Fisiology, Case taking dan lain-lain.
Nota / Kuliah : Anda boleh pilih sama ada mahu dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
|
|
Program Lanjutan Sarjana - BHMS - 4 Tahun Sepenuh Masa / Full Time
Kelayakan Masuk:
Terbuka kepada semua warga negara Malaysia dan juga orang-orang luar.
Pengambilan Pelajar : Tahun 2004 - 2006 Tempuh Pengajian : 4 tahun ( 8 semester ) Had Umur : 16 tahun keatas
Kelulusan Minima : SPM / STU /
Yuran Kursus 1 tahun: RM 3,500.00 ( 2 semster )
[ Pengajian Jarak jauh]
Yuran Pengajian Sepenuh Masa: RM 12,000 satu tahun.
br>
Asrama : RM 300.00 satu bulan
Makan : RM 300 - 400 satu bulan
Jantina Terbuka : Lelaki dan perempuan
Asrama : Berasingan
Masa Belajar : 9.00 pagi - 4.00 ptg
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris ( pilihan )
Bila Tamat Kursus : Sarjana Homeopathy &
Akupunktur
Program Khas : Bagi pelajar yang mengambil
satu kursus kokorikulum khas
iaitu 'Pengajian Tahfiz Al-
Quran' mereka akan mendapat
satu lagi sijil iaitu 'Al-Hafeez
Nota: Program ini dikhusus untuk pelajar-pelajar Muslim sahaja dimana kami membuat satu pendekatan pembelajaran mengikut kaedah Universiti Jordan dimana, pelajar yang mengikuti program ijazah kedoktoran homeopati selama 4 tahun akan tamat serentak sebagai Al-Hafeez.
[ Program tahfiz akan bermula tahun 2004 ]
Jika cita-cita kami ini berhasil, mungkin inilah program pertama seumpama ini di Malaysia dan juga dirantau ini.
Baca Maklumat Kami Yang Seterusnya Untuk Mengetahui Aktibiti Kami Dengan Jelas
Borang Permohonan Pelajar Application Form
Isi borang ini pada mana-mana kertas kosong yang ada pada anda dan hantar maklumat-maklumat berikut kepada kami:
Kursus yang dipohon:........................ ( Contoh: Asas Homeopati 1 tahun, Sarjana Homeopathy BHMS 4 tahun ( Penuh Masa / Jarak Jauh ), Sarjana Homeopathy 4 tahun dan Hafeez, Hafeez / Hafeezah Sahaja )
( Please sent the following particular to us )
Name Penuh (Name ) Alamat Penuh serta Poskod:
Tarikh Lahir ( Date of Birth): No Kad Pengenalan ( I/C No ):
Pekerjaan ( Occupation):
Kelulusan ( Qualification):
No Tel (Rumah -Res).......(Pejabat- Off)......
E mail:
Sertakan ( Attach ):
1. 3 keping gambar foto ( photos)
2. Fotostat sijil akademik (jika ada)
3. Surat Sokongan (jika ada)
4. Yuran Kursus 1 tahun ( Course Fee )- bentuk Bank Draft RM 3,500.00
Hantar terus dengan poslaju / city link kepada kolej ( Kindly post direct to college address)
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
No. 122 Taman Universiti, Kg Gelang Mas,
17010 Pasir Mas, Kelantan.
Tel: 019-9401915 atau 09-7972948
Jika anda ingin membayar terus ke Bank
sila gunakan Bank OCBC Mana-mana cawangan yang terdekat dengan anda ;
Current Acc No: 7 5 5 1 0 1 9 7 1 6
Bayar atasa nama
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
Sila fotostat Bank Slip dan hantar kepada kami sebagai tanda pembuktian pembayaran. Cara ini lebih baik kerana kiriman wang anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Cek peribadi juga boleh diterima.
Untuk Negara Brunei & Singapura
Untuk pelajar luar negara seperti Brunei atau Singapore - Yuran Kursus Asas melalui Pengajian Jarak Jauh atau PJJ [ Distance Learning ] ialah RM 3,500.00 sahaja, untuk kursus asas 1 tahun.
Mula tahun 2003 hingga 2006 kami sedang kembangkan perubatan homeopati dan akupunktur di Negara Brunei dan Singapura. Oleh itu, melalui program ini, kami membuka peluanbg kepada anda untuk menyambut tawaran kami ini sebaik mungkin !
Lain-Lain informasi, sila lawat laman berikut:-
http://drnikomar.tripod.com
E Mail: fahom2@yahoo.com
Jika anda ingin Mengethaui Maklumat Lanjut Kegiatan kami, sila lawat laman besar kami ;
|
Logo Fakulti ini Lambang Kebangaan Rakyat Malaysia Malaysia Menjadi Pusat Perkembangan Homeopati Dunia
Faculti Perubatan Homeopathy Malaysia merupakan satu-satunya kolej perubatan homeopati yang terulung di Malaysia dan dirantau Asia Tenggara. Kolej kami yang serba lengkap terletak diatas tanah seluas 8 ekar di Pasir Mas, Kelantan telah mengeluarkan lebih dari 3000 orang pelajar dari seluruh dunia sejak tahun 1979.
Sijil-sijil kami diiktiraf dan diguna pakai oleh kebanyakan doktor-doktor homeopati dari seluruh dunia termasuklah Prof Dr Jugal Kishore dari India, Dr Girish Gupta, Lord Pandit Prof Dr Sir Anton Jayasuriya, Prof Dr Sir Josep Toradebella, Spain, Prof Dr Sajad Hassan Khan, Pakistan dan lain-lain.
4 TAHUN PROGRAM ISTIMEWA
KEDOKTORAN HOMEOPATHY & AL-HAFEEZ
Kepada ibu bapa yang berfikiran jauh, rebutlah peluang yang disediakan untuk melatih belia-belia Islam supaya menjadi seorang Muslim sejati bertakwa dan beriman.
Program yang kami sedia khas untuk anak-anak Malaysia dan juga saudara muslim dari negara-negara jiran terbuka luas untuk anda ikuti.
Tujuan dan matlamat kami adalah satu untuk melahirkan orang-orang yang benar-benar didikasi terhadap agama dan dapat membangun ummah dunia dan akhirat.
Bererti kami akan megeluarkan 'Seorang Doktor Homeopati' yang turut menjadi 'Al-Hafeez'
Mudah-mudahan ilmu kedoktoran yang kami ajar dapat dimanafaat oleh semua manusia sejagat.
Kami merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi yang pertama berusaha membangun ummah dengan mengadakan program ini serentak.
Jadi anak-anak tuan-puan bila tamat dengan kami nanti akan mempunyai 3 sijil serentak iaitu
Sijil Kedoktoran Homeopati, Akupunktur dan Al-Hafeez.
Amin - Ya Allah Perkenankanlah Doa kami ini agar menjadi satu kenyataan yang nyata, yang direstui dan diRahmati.
KEPADA NON MUSLIM
Anda tidak diwajibkan mengikuti program Pengajian Islam - Jangan khuatir.
Pelajar-pelajar Islam yang tidak mahu ikuti program Tahfeez al-Quran juga tidak dipaksa untuk ikuti kelas Al-Quran.
Pengajaian Al-Quran adalah - optional / pilihan
|

Seorang pelajar Fakulti sedang menerima sijil BHMS daripada Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan
"Homeopati adalah satu sistem perubatan yang baik setanding dengan perubatan barat. Oleh itu dengan adanya kolej Homeopati yang terbesar di kelantan, maka saya harap tuan-tuan dapat memenafaatnya kolej ini demi untuk membangun manusia sejagat " Petikan kata-kata Menteri Besar Kelantan pada upacara konvoksyen FAHOM 3 Sept.,2000 di Kota Bharu, Kelantan.
INGAT
Sungguh pun perubatan homeopati diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, namun bila anda tamat belajar kedoktoran homeopati, anda tidak dijamin boleh kerja dengan kerajaan.
Anda boleh menjadi usahawan muda dengan membuka kelinik anda sendiri.
Oleh itu berfikir dahulu sebelum menceburkan diri anda dengan homeopati. Bidang ini adalah baru di Malaysia dan mempunyai masa depan yang cerah. Bagi orang-orang baru, harus berusaha gigih untuk meraih kejayaan.
ASRAMA PELAJAR
Untuk pelajar sepenuh masa - asrama khas disediakan.
Bayaran asrama dan tempat tinggal RM 300 sebulan.
Bagi Pelajar-Pelajar Buat Latihan / Praktikal
Yang datang hanya beberapa hari.
Boleh pilih untuk tinggal diasrama / hostel atau chalet di FAHOM
Harga Sewa asrama satu malam RM 20.00
Harga Chalet Aircond RM 65.00 satu malam
Harga Chalet biasa RM 55.00 satu malam
( Tidak termasuk makan minum )
* Kantin Self service disediakan [ sila masak sendiri]
* Jika anda Malas masak, sila makan dikedai kopi diluar kampus atau pesan saja makanan dengan Warden
Pakej Rawatan Bagi Pesakit
Bagi pesakit yang ingin tinggal di wad ala homestay di Hospital Homeopathy kami di Pasir Mas, Kelantan.
Kadar Bayaran ialah RM 250.00 satu hari termasuk penginapan, makan dan minum.
Minimum : 3 hari [ RM 750.00 ]
10 hari - RM 2,500.00
Bayaran teman / penunggu
RM 35.00 satu kepala, satu hari
Untuk 10 hari RM 350.00
Penyakit-Penyakit Yang Kami Terima ialah:-
Strok, Migraine, Bell Palsy, Parkinson, Kanser, Fibroid, Sakit Urat Saraf, dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan untuk masuk wad, sila talian
Prof Dr Nik Omar 019-9401915 atau 09-7972948 atau KL 03-26926549
|
|
|